Tuesday, 13 November 2012

Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!

Oleh Viktor Wong

Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis "fatwa" untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran Al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:56).

Para pemimpin Umno dan hamba-hamba NGO di bawahnya tidak berhak untuk mengarah ataupun menentukan mana-mana pihak yang bersalah dan dihukum. Kalaulah seseorang itu benar-benar bersalah, sudah lama orang tersebut telah menerima akibatnya. Tetapi kenapa sehingga kini, orang tersebut masih selamat berada di bumi ini? Janganlah digunakan nama Tuhan untuk cuba menjatuhkan "hukuman" itu mengikut undang-undang "Umno". Itu lagi berdosa, kerana mempergunakan nama Tuhan untuk tujuan-tujuan keji lagi jahat!

Seterusnya

3 comments:

Akira said...

ini terjemahan ayat quran atau ape ni?dalam quran xde ayat ni..jelaskan...

APi-aPi said...

victor, please dont simply use words from alquran since u are not ISLAM!

algantiani said...

Hi bro,
It's good that you want to quoate the quranic verse. but make sure you refer to at least someone who knows exactly which verse can represent your point accurately.

You can quote / use the verse from Al-Quran even though you are not a muslim.

BUT, make sure you use it responsibly & make sure to refer to any ustaz or any muslim at least. :)